• Unit Audit Dalam (UAD)
  • audit@um.edu.my
logo
logo

 

 

ORGANISASI

 

SKAD membantu UM mencapai objektifnya secara sistematik dan berdisiplin bagi menilai dan meningkatkan keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus UM dan Pusat Tanggungjawab di bawahnya.

 

Ketua SKAD bertanggungjawab melaporkan hal-hal pentadbiran (contohnya urusan sumber manusia, kewangan dan lain-lain perkara) kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa. Manakala bagi pelaporan fungsi pengauditan, Ketua SKAD bertanggungjawab melaporkannya secara terus kepada JKA melalui Mesyuarat JKA yang dikendalikan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membentangkan laporan audit yang telah dikeluarkan. JKA akan membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan memperakukan tindakan yang perlu sebelum melaporkan kepada LPU. Selain itu, Ketua SKAD juga boleh menghubungi dan merujuk kepada ahli-ahli JKA dari masa ke semasa mengikut keperluan.

 

JKA dan Naib Canselor akan meluluskan semua keputusan mengenai pelantikan atau pemecatan Ketua SKAD termasuk penetapan tangga gaji, penilaian prestasi, pelarasan gaji dan kenaikan pangkat Ketua SKAD.

 

Perlantikan staf SKAD adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh UM.  Segala hal-hal berkaitan penggajian staf, kemudahan, imbuhan dan sebagainya adalah mengikut garispanduan yang digunapakai oleh UM.

Last Update: 06/04/2018